gambarppd.jpg, 1 kB

Pengumuman

 :: Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga dan kakitangan pendidikan di Negeri Terengganu.

:: Download Powerpoint PPD K.Trg di Muzium Negeri Terengganu. Sila klik sini

:: Download Profail Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu

:: Selamat menjalani ibadah puasa kepada muslimin dan muslimat semoga kita tergolong dikalangan hamba ALLAH yang bertakwa..Daripada webmaster

:: Semua Sekolah yang mempunyai laman web diminta menghantar URl kepada penyelia ICT untuk diletakkan di bahagian pautan direktori sekolah 

Utama
WARKAH PEGAWAI PELAJARAN DAERAH Cetak E-mail
Ditulis oleh Administrator   
Khamis, 25 September 2008

Sempena menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan yang ke-51, saya merakamkan salam kemerdekaan untuk semua warga pendidikan daerah Kuala Terengganu. Tema sambutan pada kali ini ialah “Perpaduan Teras Kejayaan”. Sesuai dengan tema ini marilah sama-sama kita memperkukuhkan perpaduan di kalangan kita sama ada sesama kaum mahupun antara kaum. Sesungguhnya tanpa perpaduan terutamanya dari segi pemikiran dan tindakan, kita tidak akan berjaya untuk melangkah ke arah kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Di samping itu kita seharusnya memerdekakan diri daripada penjajahan minda yang bebas nilai dan budaya hedonisme yang mementingkan keseronokan dan kebahagiaan palsu. Untuk itu kita perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkasakan jati diri dan membangunkan modal insan yang berkualiti dengan mempertingkatkan penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran serta penghayatan nilai murni.

 Seterusnya bulan Ramadan menjelang lagi. Selamat menyempurnakan ibadat puasa kepada semua kaum muslimin. Dalam tempoh sebulan kita perlu memasuki ”pusat latihan” untuk membina kekuatan iman, taqwa dan ihsan. Ibadat ini memerlukan keikhlasan dan kejujuran diri kita demi mencapai martabat puasa yang setinggi-tingginya. Dengan menjalani ibadat tersebut, kita akan dapat merasai betapa peritnya kehidupan manusia di planet bumi ini yang terpaksa ”berpuasa” sepanjang musim kerana kekurangan bekalan makanan. Oleh itu kita seharusnya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di negara kita jarang kedengaran orang yang mati kebuluran kerana tiada makanan tetapi ada yang mati akibat daripada ”terlebih makan”.

 Dalam bulan Ramadan ini juga anak-anak Tahun 6 akan menghadapi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). Selamat berjuang kepada semua calon UPSR di daerah Kuala Terengganu. Hadapilah ujian ini dengan penuh kesabaran dan ketenangan. Pastikan ilmu dan kemahiran yang dipelajari selama ini dapat digunakan sebaik mungkin. Semoga usaha gigih yang telah dicurahkan oleh anak-anak, guru-guru dan ibu bapa akan memperoleh berkat dan restu Ilahi. Dalam menghadapi ujian ini juga anak-anak perlu membuat persediaan yang secukupnya sama ada dari  segi jasmani, emosi, rohani dan mental. Marilah sama-sama kita berdoa agar daerah Kuala Terengganu akan menerajui kecemerlangan dalam UPSR pada tahun ini.  

Bagi calon-calon PMR, SPM dan STPM, anda sekalian perlulah meneruskan persediaan bagi mengharungi peperiksaan yang akan menyusul tidak lama lagi.

Salam perjuangan daripada:

Cikgu Hashim bin Mohd Zin
Pegawai Pelajaran Daerah
Kuala Terengganu                                                                                                             

30 Ogos 2008

Terakhir dikemaskini ( Khamis, 25 September 2008 )
 
< Prev

Tazkirah

"Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan memudahkan baginya akan segala urusan" (At Thalaq: 4)

"Jika seluruh penduduk sebuah negeri itu beriman dan bertakwa, nescaya kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi" (Al Araf: 96)

Kalendar

<<  November 2008  >>
 Ah  Is  Se  Ra  Kh  Ju  Sa 
        1
  2  3  4  5  6  7  8
  9101112131415
16171819202122
23242526272829
30      

Pautan Terpilih

 
 
 
 
 

Kaunter Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterToday110
mod_vvisit_counterYesterday115
mod_vvisit_counterThis week621
mod_vvisit_counterThis month2512
mod_vvisit_counterAll6584
© 2008 Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu
Joomla! is Free Software released under the GNU/GPL License.

PENAFIAN:

Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Terengganu  tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan
atau kerosakan yangdiakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Tarikh Bina : 20 MEI 08